Saturday 7 February 2009

Tips Jimat Elektrik


Saya ingin berkongsi bersama pembaca sekalian mengenai tip-tip macam mana kita boleh jimatkan elektrik terutamanya di rumah. Zaman-zaman gawat macam ni elok jugak kalau kita boleh kurangkan seberapa banyak kos perbelanjaan harian kita. Ada duit lebih tu jangan lupa untuk simpan ye..simpla kt ASB ke,FD ke. Nak simpan dalam bank? Mmm..anda fikir-fikirlah sendiri. Harap duit anda tidak ‘dimakan’ oleh ketua lanun yang bernama ‘Inflasi’. :-)

Ok berikut adaalah senarai peralatan elektrik yang kita boleh kurangkan kos penggunaannya :-


Peti sejuk
  • Peti sejuk menggunakan 21% daripada jumlah keselurahan penggunaan elektrik kat rumah.
  • Peti sejuk besar guna lebih elektri berbanding peti sejuk kecil
  • Peti sejuk yg baru guna elektrik lebih kurang berbanding peti sejuk yang anda beli 8 atau 10 tahun dahulu.
  • Jangan letakkan peti sejuk terlalu rapat dgn dinding. Pastikan 4 inci/10 cm dari dinding atau lebih bagi pengaliran udara panas.
  • Elakkan meletak berhampiran sunber haba seperti dapur, microwave atau cahaya matahari.
  • Jangan letak makanan panas, biarkan ia sejuk atau pada suhu bilik.
  • Ruang freezer mestilah dibersihkan setiap bulan.


TV

  • Ni paling senang, tutup kalau anda tidak gunakannya. Jangan biarkan TV yg tgk anda, sedangkan anda tertidur.huh..


Seterika

  • Alat ni memang guna elektri yg paling tinggi berbanding alat eletrik yang lain lebih-lebih lagi penggunaan yg berulang-ulang. Jadi saranan saya maksimumkan penggunaanya pada satu-satu masa. Rancang bila anda nak iron baju. Iron banyak-banyak baju sekali gus.


Air-cond

  • Alat ni menggunakan 25% daripada jumlah keseluruhan penggunaan elektrik & menyumbang kpd 20-30% daripada bil elektrik rumah anda.

  • Pilihlah air-cond yang mempunyai nilia EER (Energy efficiency rating) yang tinggi.

  • Elakkan meletak alat unit kompresor pemampat waran di kawasan pancaran terus matahari..ape kebendanya tuh..tu yang kotak besar ade kipas kt luar tu.

  • Penapis air-cond haruslah anda bersihkan sekurang-kurangnya 3 kali setahun. Penapis yang bersih ni bukan sahaja menjimatkan penggunaan eletrik tp dapat juga memanjangkan hayat air-cond anda & menjadikan ia lebih efisyen.

  • Ni ade tips best kalau anda nak rumah anda sejuk tp tak guna air-cond. Anda boleh tinted kan cermin-cermin rumah anda. Barulah redup je.


Lampu

  • Mentol 75 watt (lampu kalimantang) menggunakan 25% kurang elektrik berbanding mentol 100 watt walaupun ia tidak banyak beza dari segi kecerahan.

  • Bilik yang bercat warna agak gelap akan menyerap lebih banyak cahaya berbanding bilik yang berwarna terang akan mematul cahaya yg lebih banyak. Oleh itu penggunaan elektrik dapat di jimatkan bagi bilik-bilik yang lebih terang kerana ada juga kesan pantulan cahaya.

  • Jika boleh letakkan lampu di sudut bilik. Ini kerana lampu tersebut boleh menerangkan kedua-dua sudut dinding.

  • Mentol kalimantang ialah 4 kali ganda lebih cerah & tahan 8 kali berbanding mentol biasa.

  • Tukar lampu di luar rumah anda dengan lampu halogen.

  • Anda juga boleh lapkan mentol yang kotor sehingga bersih. Ini dapat mencerahkan lagi kawasan sekitarnya seterusnya penggunaan lampu-lampu lain dapat dikurangkan.


Kipas

  • Anda boleh tukar kipas yang telah lama digunakan lebih 20 tahun misalnya. Kipas yang baru lebih efisyen & jimat penggunaan elektriknya.



Saya harap dapatlah anda cuba applikasikannya dengan lebih praktikal. Tutup mana-mana alat elektrik yang anda tidak gunakan. Lagipun membazir tu kan tak baik hukumnya.



Sebahagian adalah sumber daripada Tenaga Nasional Berhad

Tuesday 3 February 2009

Pn. Rozita Ibrahim Pengasas Sendayu Tinggi




Tentu sekali anda pernah melihat iklan-iklan produk kecantikan Sendayu Tinggi di TV. Bagi saya iklan mereka memang professional lah. Nampak macam sebuah organisasi korporat yang patut kita kagumi. Ok tujuan post saya ni ialah untuk memperkenalkan kepada anda semua dengan Pengasas Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. iaitu Pn. Rozita Ibrahim. Semoga dapat menyuntik motivasi ke dalam diri anda semua.

Kisah beliau adalah salah satu daripada kisah-kisah bagaimana seorang usahawan yang memulakan bisnes dari ‘kosong’. Bak kata mat saleh from scratch la tu. Beliau telah menempuh berbagai-bagai rintangan & dugaan yang perit sekali sewaktu sebelum dan di awal pembinaan empayar perniagaannya.

Di awal usia yang muda beliau hidup dalam keadaan kemiskinan. Beliau adalah seorang ibu tunggal dan hanya bekerja sebagai penoreh getah. Beliau telah berkahwin seawal usia 18 tahun. Bayangkanlah beliau terpaksa menempuh alam perceraian. Lebih pilu lagi beliau telah kehilangan seorang anak kesayangannya yang telah jatuh sakit teruk kerana beliau tidak mampu untuk membiayai kos rawatan anaknya itu.

Sewaktu di awal permulaan perniagaannya beliau tidak mendapat pinjaman dari pihak bank. Pihak bank sendiri telah menolak mentah-mentah idea Pn. Rozita untuk memulakan perniagaan berasaskan industri herba dan menyindir akan kemampuan beliau sendiri. Ye lah, waktu tu pun industri herba di negara kita masih belum dikenali lagi. Ketika itu beliau memang langsung tiada sebarang network dengan orang-orang besar atau kenamaan untuk back-up beliau.

Apa yang beliau lakukan ialah memulakan perniagaan dengan hanya bermodalkan RM400 untuk mencipta produk berasaskan herba. Sebelum beliau menghasilkan produk pertama beliau, Pn. Rozita telah melakukan R&D secara sendiri. Bukan R&D yang melibatkan kos ribuan RM tu yang ada kat lab tu. Tetapi beliau sanggup lepak kat kedai-kedai kopi berjam-jam lamanya yang berdekatan dengan kedai-kedai buku & majalah. Beliau survey buku, majalah apa yang sering orang ramai beli & baca. Beliau bertanya ruagan manakah dalam majalah itu yang pembaca suka baca. Kemudian beliau sendiri akan membaca buku & majalah-majalah tersebut sebagai pengguna.

Pada permulaan penghasilan produk beliau, Pn. Rozita sendiri akan menggunakan terlebih dahulu produk tersebut & mengkritik jika terdapat kelemahan yang boleh diperbaiki. Beliau meletakkan diri beliau sebagai seorang pengguna bukannya sebagai pengasas produk tersebut.

Ada satu ketika bila mana beliau telah menambahkan berat badan beliau sendiri dan mencuba sendiri produk ciptaan beliau itu untuk melihat keberkesanannya.

Satu cerita yang agak lucu bunyinya di mana Pn. Rozita ini dahulunya mempunyai impian unutk menandatangani cheque nya sendiri. Beliau juga mengimpikan mempunyai iklannya sendiri. Sebab tu kita boleh lihat kebanyakkan iklan Sendayu Tinggi mempunyai wajahnya tidak kira di TV ataupun di mana-mana.

Dalam mencapai impian, Pn. Rozita mempunyai matlamat yang jelas. Beliau mempunyai perancangan-perancangan yang spesifik dan apakah cara-cara beliau boleh mencapai matlamat-matlamat tersebut dalam tempoh masa tertentu.

Sekarang, anda cubalah tanya sesiapa sahaja terutama wanita siapa yang tidak kenal dengan produk Sendayu Tinggi. Jenama Sendayu Tinggi kini telah menjadi sebutan dikalangan masyarakat bukan sahaja di negara kita malah di negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei dalam industri barangan kesihatan berasaskan harba.

Dikatakan bahawa pada tahun 2005 sahaja terdapat seramai 2000 pengadar produk Sendayu Tinggi di seluruh tanahair. Di Kuala Lumpur sahaja sudah ada pengedar yang berjaya membuat hasil jualan bernilai RM1 juta sebulan.

Kini,
Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. mempunyai 9 buah anak syarikat yang bernaung di bawahnya. Syarikat-syarikat tersebut meliputi bidang-bidang seperti pembuatan, pengiklanan, hartanah, pengangkutan & makanan.

Empayar perniagaan Pn. Rozita kini bernilai jurtaan ringgit bukan sahaja telah memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memberi keyakinan dalam penampilan melalui kecantikkan malah telah memberi peluang pekerjaan serta perniagaan kepada orang ramai.

Kita boleh lihat di sini bahawa dengan hanya modal yang kecil sahaja boleh membina sebuah perniagaan yang bernilai jutaan ringgit. Yang paling penting semangat yang tidak mudah mengalah dalam menempuh segala rintangan untuk mencapai impian kita.

Saturday 31 January 2009

Apa Itu Saham


Salam & hai kepada pembaca. Sudah agak lama saya tidak membuat post nampaknya akhir-akhir ini. Betul tak? Hmm..nampaknya saya perlu kuatkan semangat lagi untuk terus membuat post secara konsistan dan berterusan. Maklumlah saya boleh juga dikatakan sebagai ‘Newbies’ dalam arena ber-blogging ni. Jadi saya perlu tetapkan lagi matlamat untuk terus menguruskan lagi blog saya ini dengan lebih baik lagi.

Baiklah topik yang ingin saya ketengahkan pada kali ini ialah mengenai saham. Apa itu saham? Tentu anda semua pernah dengar orang jual beli saham, saham ni boleh buat duit dan sebagainya. Tapi tahukah anda asas pengertian saham itu?
Saham ialah suatu nilai pegangan yang kita perolehi di dalam sesuatu syarikat itu. Nilai pegangan itu berdasarkan harga yang perlu kita bayar mengikut senarai yang telah ditetapkan di pasaran saham sebagai contoh di Indeks Komposit Kuala Lumpur mengikut harian.

Apa sebenarnya tujuan sesetengah syarikat itu menjual sebahagian daripada nilai pengannganya? Tujuan utama mereka ialah mendapatkan modal. Mereka memerlukan modal dari orang awam untuk tujuan mengembangkan lagi perniagaan mereka. Melalui penjualan saham ini juga orang ramai boleh melabur ke dalam sesebuah syarikat itu seterusnya memperolehi juga sebahagian keuntungan yang syarikat kita perolehi mengikut peratusan tertentu. Sebab itu ramai orang cakap kita boleh buat duit dengan saham ni. Memang betul la tu.

Untuk tujuan pemahaman kita ambil sebagai contoh perusahaan Kerepak Mak Jah Sdn. Bhd. Ini sebagai contoh sahaja ia, jangan pula anda pergi mencari nama syarikat ni di senarai papan Indeks Komposit Kuala Lumpur..huh..

Syarikat kerepek Mak Jah semakin hari semakin mendapat sambutan yang begitu menggalakkan di kalangan warga Malaysia. Penjualannya setiap tahun meningkat. Sekarang Mak Jah berhasrat untuk mengembankan lagi perniagaannya dengan menmbah perkerja, meningkatkan jumlah pengeluaran & membuka oulet-outlet yang menjual kerepeknya di negara-negara jiran kita.

Mak Jah sebagai CEO syarikatnya mempunyai 2 alternatif untuk mendapatkan modal ini. Yang pertama dia boleh pergi ke mana-mana bank dan bentangkan proposal serta unjuran jumlah keuntungan yang boleh dia perolehi untuk memohon pinjaman. Tetapi Mak Jah tidak mahu menanggung risiko untuk membayar kadar interest yang agak tinggi dikenakan oleh pihak bank. Mana tahu kalau-kalu perniagaan dia tidak dapat untung untuk cover balik kos interest tu. Lebih teruk lagi jika tiap-tiap bulan Mak Jah mendapat negative cashflow!

Oleh itu Mak Jah memilih alternative kedua iaitu menyenaraikan syarikat beliau di pasaran saham. Pada kebiasaannya sesebuah syarikat itu akan menetapkan dari segi peratusan berapakah daripada nilai keseluruhan syarikat itu yang mereka ingin tawarkan kepada pembeli saham. Selapas itu bolehlah orang awam membeli sebahagian daripada nilai pegangan syarikat Mak Jah seterusnya memperolehi keuntungan melalui dividen yang syarikat Mak Jah umumkan setiap tahun.

Dengan adanya modal dari orang ramai, bolehlah syarikat Mak Jah menambah pekerja atau mencari pasaran baru kerepak beliau di luar negara seterusnya mengembangkan lagi perniagaan beliau untuk memperolehi keuntungan yang berlipat kali ganda.

Thursday 22 January 2009

Maybank minta pelanggan musnah e-mel palsu


(Sumber daripada Berita Harian-Sabtu 10 Januari 2009)

KOTA BHARU: Kumpulan perbankan terbesar di Malaysia, Malayan Banking Berhad (Maybank) meminta pelanggannya memusnahkannya dengan segera, sekiranya menerima satu e-mel yang meminta diberikan maklumat atau nombor akaun Maybank mereka. Jurucakap Maybank, berkata bank itu tidak pernah bertindak menghantar sebarang khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel kepada pelanggannya dengan menyuruh mereka memberikan maklumat persendirian atau akaun.

Malah katanya, Maybank juga tidak pernah sekali-kali menyuruh kakitangannya meminta maklumat sedemikian daripada pelanggan bank berkenaan. “Pelanggan Maybank diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang e-mel yang diterima hanya berdasarkan kepada logo atau nama pengirimnya tertera nama bank berkenaan. Dinasihatkan jangan memberi nombor PIN atau kata laluan serta nombor akaun apabila ada menerima e-mel yang meminta berbuat demikian.


“Sekiranya pelanggan sudah berurusan dengan e-mel berkenaan, mereka diminta segera menghubungi Maybank berdekatan untuk mendapat pengesahan atau membuat laporan mengenai perkara berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Beliau memberitahu Berita Harian apabila diminta mengulas mengenai satu e-mel bertajuk ‘Berhati-hati: Masalah Akaun-2009’, yang dihantar kepada seorang wartawan akhbar ini, baru-baru ini. E-mel berkenaan yang beralamat, alerts@xservice-maybank2u.com dengan diakhiri dengan ucapan terima kasih dari Maybank Berhad, menyatakan kumpulan keselamatan bank itu sudah mengesan masalah keselamatan yang serius dalam akaun bank pelanggan. Dimaklumkan bahawa akaun itu tidak dilindungi dengan sempurna dari serangan spam dan Trojan.


Bagi perlindungan segera, adalah penting untuk meningkatkan ciri keselamatan akaun menggunakan M2U yang selamat pada alamat http://www.2009-irstservice.com/M2ULogin.htm Jurucakap itu berkata, pelanggan Maybank diingatkan supaya jangan melakukan sebarang logon ke dalam pautan sesawang terdapat pada e-mel yang diterima. “Pelanggan Maybank harus sentiasa menggunakan laman web rasmi yang disediakan iaitu pada Maybank2u.com,” katanya. Sebelum ini, Harian Metro melaporkan, Maybank tidak pernah menghantar e-mel meminta pelanggannya mengemaskini maklumat peribadi dengan memasukkan pin nombor atau nombor keselamatan akaun.

Naib Presiden yang juga Ketua Perbankan Maya Maybank, Ahmad Shareza Abdul Rahman, berkata ada sindiket tertentu dipercaya menggunakan taktik sedemikian bagi mencuri wang pelanggan di bank ini. “Laman web perbankan kami selamat, namun pengguna perlu berhati-hati dengan penipuan memandangkan ia adalah masalah industri yang boleh memberi kesan kepada sektor kewangan dan tidak terhad kepada Maybank saja,” katanya.

Sunday 18 January 2009

Selamatkah Perbankan Internet?


Ada segelintir daripada masyarakat yang masih lagi ragu-ragu menggunakan perbankan internet. Selamat ke guna internet banking ni…betul ke duit aku dah transfer…boleh caya ke jual-beli kat internet ni?..itulah beberapa persoalan yang boleh kita dengar. Oleh itu kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai perbankan internet. Sejauh mana tahap keselamatannya dan faedah-faedah yang boleh kita dapat melalui internet banking. Perkhidmatan seperti Maybank2u.com, CIMBClicks.com, dan banyak lagi bank-bank lain yang menyediakan perkhidmatan online banking ini semakin hari semakin ramai yang menggunakannya.


Pertama sekali benda paling penting yang perlu kita ketahui ialah berkenaan undang-undang. Bank-bank yang menyediakan perkhidmatan internet banking mempunyai lesen dan tertakluk di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (ABIK) dan Akta Perbankan Perbankan Islam 1983 (API). oleh itu tidak perlulah kita risau sebab pihak berkuasa akan sentiasa melindungi kita daripada penyalahgunaan atau risiko.

Terdapat pelbagai faedah yang kita boleh perolehi jika menggunakan internet banking ini. Diataranya adalah: -
  • Menjimatkan masa & kos anda. Anda tidak perlu menghabiskan minyak kereta & menempuh kesesakan lalulintas seterusnya beratur di kaunter bank. Anda boleh membayar bil-bil api, air & Astro, serta cek baki account anda di hadapan keselesaan PC anda.

  • Perkhidmatan ini dibuka 24 jam 7 hari seminggu.

  • Boleh menjalankan aktiviti berjual beli di depan PC seperti membeli ebook atau produk-produk fizikal yang lain dan pihak penjual akan menghantar terus ke rumah anda. Owh ya, sebelum saya terlupa, kepada mereka yg bemain saham anda juga boleh melakukannya online.

Untuk menggunakan internet banking ni anda perlulah daftar terlebih dahulu untuk mendapatkan username dan password untuk tujuan anda login ke website bank tesebut. Anda boleh daftarkan terlebih dahulu nombor telefon anda dan mendapatkan no PIN di ATM bank anda. Boleh juga terus refer di kaunter bank anda untuk bertanya pegawai perkhidmatan pelanggan bank anda.

Memang saya tidak nafikan terdapat juga risiko dalam menggunakan perbankan internet ini, tapi risiko-risiko tersebut dapat dikurangkan oleh pihak bank melalui pemeriksaan secara berterusan dan langkah berjaga-jaga yang boleh anda ambil. Biasa la tu kan semua benda ada risiko, tapi bagi saya risiko yang kita tanggung tu boleh di-‘offset’ kan oleh kelebihan-kelebihan yang kita perolehi. Mungkin boleh menjimatkan wang anda dengan banyak & menjimatkan lebih masa. Betul tak.

Pihak bank telah megambil langkah-langkah keselamatan seperti:-

  • Melakukan ujian pemantauan ke atas sistem online banking mereka secara tetap dalam tempoh tertentu.
  • Pemasangan sistem seperti firewall, spyware & antivirus untuk mengesan & menggelakkan serangan hackers.
  • Melakukan pemeriksaan berskala secara tetap 6 bulan sekali bagi keseluruhan sistem. Mereka akan menilai tahap risiko dan memperbaiki kelemahan yg masih ada.
Berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang anda perlu ambil sebagai pengguna perkhidmatan perbankan internet. Ingat! Jika di dapati anda tidak mengambil langkah-langkah ini apabila terjadi sesuatu yang tidak di ingini ke atas akaun anda sewaktu melakukan transaksi online, pihak bank tidak akan bertanggungjawab ke atas kecuaian anda sendiri. Langkah-langkahnya ialah:-


  • Jangan save username & password akaun online banking anda dalam PC atau menulisnya di atas kertas. Anda WAJIB menghafalnya.

  • Selalu tukar password anda.

  • Pastikan password anda mempunyai huruf,nombor & simbol-simbol

  • sentiasa log out setelah selesai urusan

  • Jangan biarkan komputer anda terbiar dgn sendiri semasa membuka website online banking anda

  • Sebolehnya elakkan menggunakan komputer awam seperti di CC

Jika anda menghadapi sebarang kemusykilan terus telefon pihak Customer Service bank anda. Mereka pada kebiasaan mempunyai talian 24 jam 7 hari seminggu.

Amatlah rugi kepada sesiapa yang masih lagi berasa ragu-ragu untuk menggunakan perkhidmatan perbankan internet ini. Begitu banyak faedah yang anda akan perolehi sekirannya anda menggunakannya dengan betul dan yang paling penting menggambil langkah-langkah berjaga-jaga seperti yang telah saya senaraikan tadi. Lagi 1 kegunaan yg best online banking ni, bagi sesiapa yang guna Maxis anda boleh topup melalui Maybank2u. Sungguh mudah, click guna jari pun boleh.







Thursday 15 January 2009

"Adik tak boleh mengemis bang"

Selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke K. Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.

"Abg nak beli kuih?" Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik... abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.


"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek budi bahasanya.
Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan.

Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.
Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.

Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik..Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawab pertanyaannya.

"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan kuih masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abg nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang...

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya ke dalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? ? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya
AGAKNYALAHKAN... KALAU KANAK-KANAK TU ADALAH KITA, ADAKAH KITA AKAN LAKUKAN PERKARA YANG SAMA?

Cerita ini semoga menjadi pembakar semangat usahawan sekalian tidak kira menjalankan apa jenis perniagaan pun asal kan Halal...

Monday 12 January 2009

Asas Perancangan Kewangan No. 1 : Simpan Wang


Kali ni sy ingin berkongsi dengan anda semua mengenai perkara yang paling utama dan paling penting di dalam kita mengurus kewangan kita. Perkara tersebut ialah MENYIMPAN wang anda. Tak kira la simpan duit dalam tabung buluh ke, dalam saving account ke, ataupun fixed deposit di bank-bank.

Menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda merupakan perkara yang paling pertama kita harus amalkan sebelum membuat apa-apa dengan wang anda. Lupakan lah angan-angan anda untuk nak memulakan perniagaan secara kecil-kecilan ke, invest dalam unit trust ke, nak main stock market ke atau pun nk membuat property investment kalau anda tidak mempunyai simpanan wang langsung yang betul-betul kukuh dan mencukupi.

Ye lah,ni pun kira logic la kan. Kalau anda tidak mempunyai simpanan yang kukuh macam mana anda nak dapatkan modal untuk memulakan perniagaan atau ingin melabur dalam pasaran saham.

Kita biasa dengar pesan ibubapa kita dulu-dulu masa kita kecik. Diorang selalu pesan ada duit belanja lebih tu simpan. Simpan kat dalam tabung buluh tu. Nampaknya orang tua-tua ni celik wang jugak kan. Sebab diorang nak kita pupuk sejak dari kecil lagi amalan menyimpan wang supaya hidup kita di kemudian hari lebih selesa dan bahagia dengan mempunyai lebihan wang.

Siapa sini yang belum memulakan langkah menyimpan wang anda..sila angkat mouse! :-P Jangan risau bagi yang belum memulakannya mesti anda bertanya bila masa paling sesuai nak start menyimpan ni. Jawapannya sekarang! Mulakan sekarang, jangan tangguh-tangguh kan langkah ini lagi kerana anda akan kerugian dari segi masa. Anda mesti mengambil kesempatan Keajaiban Dunia yang ke-9 : Compounded Interest. Apa tu Compunded Interest? Nanti kita bincangkan dalam post akan dating.

Persoalan seterusnya, berapa jumlah wang perlu aku simpan ?..untuk permulaan 10% daripada jumlah gaji atau pendapatan perniagaan bulanan anda bagi meraka yang berniaga. Lama-kelamaan bila anda dah rasa syok menyimpan bole la naikkan peratusan simpanan anda 30% atau 50%. Percayalah cakap saya semakin anda menyimpan dengan konsisten, anda akan rasa betapa 'feeling' nya simpan wang ni. Macam saya kalau boleh dapat je gaji nak simpan semua gaji saya dalam akaun ASB saya. Tapi tak boleh la nak buat macam tu kan, nak makan ape saya, nak gi kerja pun kena isi minyak kereta. Mulakan dulu menyimpan RM200 sebulaan kalau gaji anda RM2000 sebagai contoh.

Anda tentu pernah mendangar konsep ‘Pay yourself first’. Konsep ini telah diperkenalkan oleh George Classon di dalam bukunya The Richest Man in Babylon. Anda perlu membayar kepada diri anda sendiri dengan menyimpan sebahagian daripada wang yang anda perolehi. Setiap bulan anda dapat gaji, benda pertama yang anda harus lakukan ialah ambil sekurang-kurangnya 10% dari gaji bersih anda dan simpan dalam ASB sebagai contoh. Bukan nya anda membayar loan rumah, kereta , credit card atau membeli hanfon baru bila dapat-dapat gaji je nanti. Anda perlu ingat duit gaji anda tu wang anda hasil penat lelah bekerja selama sebulan. Anda tidak seharusnya meng-kaya-kan pihak bank atau taukeh kedai hanfon. Anda berhak ke atas wang anda sendiri.

Ada juga mesti yang tanya kat mana tempat paling best nak simpan wang ni. Bagi saya tempat yang terbaik lebih-lebih lagi bagi kaum Bumiputera ialah di ASB. Senang je nak bukak akaun ASB pegi je Maybank/CIMB atau pejabat Pos. simpan di sini lebih baik daripada kita simpan di bank kerana pulangan ASB lebih tinggi. Kita boleh mendapat keuntungan dalam 8-9% setahun berbanding di bank atau fixed deposit (FD) yang hanya dalam linkungan 3%. Kalau simpan dalam saving account tak payah cakap la..RM1 pun belum tentu dividen yang pihak bank boleh bagi.

Simpan wang di ASB juga dapat offset kan kadar inflasi iaitu musuh No. 1 dalam dunia pengurusan kewangan peribadi kita. Kadar inflasi membuat kan kuasa membeli atau nilai wang kita semakin mengecil.

Di sini saya ingin berkongsi rekod pulangan yang pernah di beri oleh ASB kepada pelabur-pelaburnya:-



Sumber dari ASNB


Apa yang anda perlu lakukan sekarang ialah mulakan terus langkah menyipan wang anda. Isi kan borang auto-debit untuk memasukkan secara terus wang dari akaun simpanan yang anda daftarkan untuk menerima gaji bulanan anda ke akuan ASB ataupun boleh juga memasukkan terus sebahagian wang gaji bulanan anda ke akaun simpanan bank anda yang tidak mempunyai kad ATM. Boleh juga masukkan ke akaun FD anda. Langkah seterusnya jangan sentuh wang anda. Ya, biarkan wang simpanan anda itu sehingga anda mencapai jumlah untuk matlamat atau tujuan anda terdahulu yang telah anda tetapkan. Mungkin anda ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan atau melabur ke dalam instrument yang lebih berisiko tinggi dan memberi pulangan yang lebih tinggi lagi. Jika itulah matlamat anda, cukupkan lah dahulu wang simpinan anda itu.

Sedikit tips di sini, jika anda ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan secara part-time atau melabur ke instrument-instrumen yang memberi pulangan lebih tinggi, pastikan wang di dalam simpanan anda sama nilainya dengan 3-6 bulan perbelanjaan anda. Ini memsatikan anda mempunyai backup yang mencukupi untuk menanggung sebarang kerugian atau hal-hal lain yang tidak dapat dielakkan seperti kereta rosak ke, anda eksiden ke ataupun ada ahli keluarga anda yang memang memerlukan wang dalam masa terdekat seperti nk kahwin ke..benda baik tu nak kahwin,ape salahnya kan tolong adik-beradik kita mendirikan masjid. Insyaallah, bertambah-tambah rezeki anda.

Sebagai contoh, jika perbelanjaan bulanan anda makan minum, bil telefon, loan kereta, loan rumah, bagi duit ibubapa di kampung halaman dan sebagainya dalam RM1500. Jadi anda mesti memastikan akaun simpanan anda mempunyai dalam linkungan RM7500 sebelum anda ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan atau ingin melabur di pasaran saham. Ini bukan modal ye, tapi simpanan. Modalnya anda perlulah terus mengupulnya sehingga mencukupi untuk memulakan perniagaan anda. Ini penting bagi memastikan kos sara hidup anda tidak akan terjejas teruk andainya perniagaan anda tidak menjadi atau anda tidak mendapat keuntungan anda dari pelaburan anda.

Saya berharap anda sedar betapa pentingnya kita menyimpan wang sebelum anda ingin membuat apa-apa dengan wang anda. Ingat ya korang semua..konsep ‘Pay yourself first’ dan Selamat Menyimpan Wang!

Bukan Orang Kaya Hanya Perlu Merancang Kewangan



Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca sekalian.

Jutaan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog saya untuk membaca post saya yg pertama ini. Topik yang ingin saya berkongsi pada kali ini ialah berkenaan asas pengurusan kewangan peribadi.

Persoalan tajuk menyebabkan kita berfikir, apa penting nya kita mengurus kewangan sendiri? Mungkin ada di kalangan pembaca berpendapat buat apa kita nak merancang kewangan kita sedangkan kita ni bukanlah orang kaya-raya, duit banyak, harta bertimbun-timbun. Kepada segelintir individu yang berpendapat begitu bagi saya harus diubah. Ini kerana kita mesti tanamkan dlm diri kita kesedaran bahawa tiada sesiapa di di dalam hidup ini yang sebenarnya akan mengambil berat untuk mengurus kewangan kita dengan sepenuhnya selain daripada diri kita sendiri. Kita tidak seharusnya menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada kerajaan, pihak bank, majikan kita, jurujual-jurujual produk kewangan, broker-broker saham malah ahli keluarga kita sendiri pun.

Saya tahu mesti ada dikalangan masyarkat kita beranggapan wang itu merupakan satu persoalan yang tidak sepatutunya di bincangkan di khalayak ramai. Ia kadang-kala menjadi suatu subjek yang ‘taboo’ di kalangan masyarakat. Ada yang akan beranggapan bila cakap pasal wang je mesti ada yang memberi respon kepada kita…’ala ko ni mata duitan lah’…’duit banyak pun apa gunanya, bukan boleh bawa akhirat pun’…’duit banyak tapi tak bahagia pun apa gunaya’…

Walaupun pandangan-pandangan seperti ini dapat kita dengar, tapi kita mesti juga ingat dan tidak boleh menafikan bahawa dalam hidup ni dengan wang dapat membantu kita mencapai kebahagian, dengan wang kita dapat meneruskan hidup dan dengan wang juga kita diberi kuasa memilih dan membuat amal kebajikan untuk menambakhan bekalan kita di akhirat kelak. Insyaallah…sebab itulah pentingnya kita mengurus kewangan kita sendiri pada permulaan lagi.

Ok…cukup setakat itu muqaddimah..aih!..panjang betul intro :-)

Untuk mengurus kewangan kita sendiri, banyak mana pendapat bulanan kita tidaklah penting. Sama ada kita ni seorang graduan yang baru sahaja bergelar Executive yang berpendapat dlm RM2300 sebulan, seorang pengurus di syarikat multinasional walaupun seorang krew restoran di McD yang berpendapatan dalam lingkungan RM800 sebulan pun pengurusan kewangan tetap penting. Walupun kita ni seorang pengurus yang bergaji RM5000 sebulan tetapi perbelanjaan bulanan ialah RM8000 (defisit RM3000 tu !) tahap pengurusan kewangan kita adalah lebih lemah berbanding krew di restoran McD tadi yang bergaji RM800 tetapi mampu menyimpan wang sebanyak RM80 ke dalam akaun ASB nya setiap bulan sebagai contoh.

Rahsianya, kita perlu tahu apa status kewangan kita sekarang (wang yg kita ada/pendapatan), apa matlamat kewangan kita dimasa hadapan (apa kita nak buat dengan wang kita nanti), dan bagaimana cara kita ingin mencapai matlamat kewangan kita (dengan cara menyimpan ke, pelaburan ke, ataupun memulakan perniagaan secara kecil-kecilan).

Kita seharusnya boleh mengelakkan dari mengalami situasi seperti tidak cukup wang setiap bulan dengan mengamalkan amalan-amalan pengurusan wang kita dengan lebih berhemah seperti:-


  • Menyimpan sebahagian pendapatan bulanan kita/duit pinjaman pelajaran, biasiswa

  • Tahu dengan jelas apa yang ingin kita buat dgn wang kita

  • Tahu ke mana perginya perbelanjaan harian dan bulanan kita

  • Berbelanja dengan bijak dan di dalam linkungan budget/kemampuan kita

Sekian dahulu post saya yang pertama ini. Di harap pembaca memperolehi serba sedikit info berguna yang boleh diamalkan.


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Supported by Interior Design. Powered by Blogger