Saturday 31 January 2009

Apa Itu Saham


Salam & hai kepada pembaca. Sudah agak lama saya tidak membuat post nampaknya akhir-akhir ini. Betul tak? Hmm..nampaknya saya perlu kuatkan semangat lagi untuk terus membuat post secara konsistan dan berterusan. Maklumlah saya boleh juga dikatakan sebagai ‘Newbies’ dalam arena ber-blogging ni. Jadi saya perlu tetapkan lagi matlamat untuk terus menguruskan lagi blog saya ini dengan lebih baik lagi.

Baiklah topik yang ingin saya ketengahkan pada kali ini ialah mengenai saham. Apa itu saham? Tentu anda semua pernah dengar orang jual beli saham, saham ni boleh buat duit dan sebagainya. Tapi tahukah anda asas pengertian saham itu?
Saham ialah suatu nilai pegangan yang kita perolehi di dalam sesuatu syarikat itu. Nilai pegangan itu berdasarkan harga yang perlu kita bayar mengikut senarai yang telah ditetapkan di pasaran saham sebagai contoh di Indeks Komposit Kuala Lumpur mengikut harian.

Apa sebenarnya tujuan sesetengah syarikat itu menjual sebahagian daripada nilai pengannganya? Tujuan utama mereka ialah mendapatkan modal. Mereka memerlukan modal dari orang awam untuk tujuan mengembangkan lagi perniagaan mereka. Melalui penjualan saham ini juga orang ramai boleh melabur ke dalam sesebuah syarikat itu seterusnya memperolehi juga sebahagian keuntungan yang syarikat kita perolehi mengikut peratusan tertentu. Sebab itu ramai orang cakap kita boleh buat duit dengan saham ni. Memang betul la tu.

Untuk tujuan pemahaman kita ambil sebagai contoh perusahaan Kerepak Mak Jah Sdn. Bhd. Ini sebagai contoh sahaja ia, jangan pula anda pergi mencari nama syarikat ni di senarai papan Indeks Komposit Kuala Lumpur..huh..

Syarikat kerepek Mak Jah semakin hari semakin mendapat sambutan yang begitu menggalakkan di kalangan warga Malaysia. Penjualannya setiap tahun meningkat. Sekarang Mak Jah berhasrat untuk mengembankan lagi perniagaannya dengan menmbah perkerja, meningkatkan jumlah pengeluaran & membuka oulet-outlet yang menjual kerepeknya di negara-negara jiran kita.

Mak Jah sebagai CEO syarikatnya mempunyai 2 alternatif untuk mendapatkan modal ini. Yang pertama dia boleh pergi ke mana-mana bank dan bentangkan proposal serta unjuran jumlah keuntungan yang boleh dia perolehi untuk memohon pinjaman. Tetapi Mak Jah tidak mahu menanggung risiko untuk membayar kadar interest yang agak tinggi dikenakan oleh pihak bank. Mana tahu kalau-kalu perniagaan dia tidak dapat untung untuk cover balik kos interest tu. Lebih teruk lagi jika tiap-tiap bulan Mak Jah mendapat negative cashflow!

Oleh itu Mak Jah memilih alternative kedua iaitu menyenaraikan syarikat beliau di pasaran saham. Pada kebiasaannya sesebuah syarikat itu akan menetapkan dari segi peratusan berapakah daripada nilai keseluruhan syarikat itu yang mereka ingin tawarkan kepada pembeli saham. Selapas itu bolehlah orang awam membeli sebahagian daripada nilai pegangan syarikat Mak Jah seterusnya memperolehi keuntungan melalui dividen yang syarikat Mak Jah umumkan setiap tahun.

Dengan adanya modal dari orang ramai, bolehlah syarikat Mak Jah menambah pekerja atau mencari pasaran baru kerepak beliau di luar negara seterusnya mengembangkan lagi perniagaan beliau untuk memperolehi keuntungan yang berlipat kali ganda.

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Supported by Interior Design. Powered by Blogger