Tuesday 3 February 2009

Pn. Rozita Ibrahim Pengasas Sendayu Tinggi




Tentu sekali anda pernah melihat iklan-iklan produk kecantikan Sendayu Tinggi di TV. Bagi saya iklan mereka memang professional lah. Nampak macam sebuah organisasi korporat yang patut kita kagumi. Ok tujuan post saya ni ialah untuk memperkenalkan kepada anda semua dengan Pengasas Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. iaitu Pn. Rozita Ibrahim. Semoga dapat menyuntik motivasi ke dalam diri anda semua.

Kisah beliau adalah salah satu daripada kisah-kisah bagaimana seorang usahawan yang memulakan bisnes dari ‘kosong’. Bak kata mat saleh from scratch la tu. Beliau telah menempuh berbagai-bagai rintangan & dugaan yang perit sekali sewaktu sebelum dan di awal pembinaan empayar perniagaannya.

Di awal usia yang muda beliau hidup dalam keadaan kemiskinan. Beliau adalah seorang ibu tunggal dan hanya bekerja sebagai penoreh getah. Beliau telah berkahwin seawal usia 18 tahun. Bayangkanlah beliau terpaksa menempuh alam perceraian. Lebih pilu lagi beliau telah kehilangan seorang anak kesayangannya yang telah jatuh sakit teruk kerana beliau tidak mampu untuk membiayai kos rawatan anaknya itu.

Sewaktu di awal permulaan perniagaannya beliau tidak mendapat pinjaman dari pihak bank. Pihak bank sendiri telah menolak mentah-mentah idea Pn. Rozita untuk memulakan perniagaan berasaskan industri herba dan menyindir akan kemampuan beliau sendiri. Ye lah, waktu tu pun industri herba di negara kita masih belum dikenali lagi. Ketika itu beliau memang langsung tiada sebarang network dengan orang-orang besar atau kenamaan untuk back-up beliau.

Apa yang beliau lakukan ialah memulakan perniagaan dengan hanya bermodalkan RM400 untuk mencipta produk berasaskan herba. Sebelum beliau menghasilkan produk pertama beliau, Pn. Rozita telah melakukan R&D secara sendiri. Bukan R&D yang melibatkan kos ribuan RM tu yang ada kat lab tu. Tetapi beliau sanggup lepak kat kedai-kedai kopi berjam-jam lamanya yang berdekatan dengan kedai-kedai buku & majalah. Beliau survey buku, majalah apa yang sering orang ramai beli & baca. Beliau bertanya ruagan manakah dalam majalah itu yang pembaca suka baca. Kemudian beliau sendiri akan membaca buku & majalah-majalah tersebut sebagai pengguna.

Pada permulaan penghasilan produk beliau, Pn. Rozita sendiri akan menggunakan terlebih dahulu produk tersebut & mengkritik jika terdapat kelemahan yang boleh diperbaiki. Beliau meletakkan diri beliau sebagai seorang pengguna bukannya sebagai pengasas produk tersebut.

Ada satu ketika bila mana beliau telah menambahkan berat badan beliau sendiri dan mencuba sendiri produk ciptaan beliau itu untuk melihat keberkesanannya.

Satu cerita yang agak lucu bunyinya di mana Pn. Rozita ini dahulunya mempunyai impian unutk menandatangani cheque nya sendiri. Beliau juga mengimpikan mempunyai iklannya sendiri. Sebab tu kita boleh lihat kebanyakkan iklan Sendayu Tinggi mempunyai wajahnya tidak kira di TV ataupun di mana-mana.

Dalam mencapai impian, Pn. Rozita mempunyai matlamat yang jelas. Beliau mempunyai perancangan-perancangan yang spesifik dan apakah cara-cara beliau boleh mencapai matlamat-matlamat tersebut dalam tempoh masa tertentu.

Sekarang, anda cubalah tanya sesiapa sahaja terutama wanita siapa yang tidak kenal dengan produk Sendayu Tinggi. Jenama Sendayu Tinggi kini telah menjadi sebutan dikalangan masyarakat bukan sahaja di negara kita malah di negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei dalam industri barangan kesihatan berasaskan harba.

Dikatakan bahawa pada tahun 2005 sahaja terdapat seramai 2000 pengadar produk Sendayu Tinggi di seluruh tanahair. Di Kuala Lumpur sahaja sudah ada pengedar yang berjaya membuat hasil jualan bernilai RM1 juta sebulan.

Kini,
Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. mempunyai 9 buah anak syarikat yang bernaung di bawahnya. Syarikat-syarikat tersebut meliputi bidang-bidang seperti pembuatan, pengiklanan, hartanah, pengangkutan & makanan.

Empayar perniagaan Pn. Rozita kini bernilai jurtaan ringgit bukan sahaja telah memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memberi keyakinan dalam penampilan melalui kecantikkan malah telah memberi peluang pekerjaan serta perniagaan kepada orang ramai.

Kita boleh lihat di sini bahawa dengan hanya modal yang kecil sahaja boleh membina sebuah perniagaan yang bernilai jutaan ringgit. Yang paling penting semangat yang tidak mudah mengalah dalam menempuh segala rintangan untuk mencapai impian kita.

1 comments:

Anonymous said...

sy ad buat assgmt pasal usahawan kt malaysia ni an tertarik utk mmbincangkan perihal pn.rozita..bolehkah saudara mmberi info y lebih lg tentang pn rozita sendayu tinggi?

i nedd to know how she build her company from scratch to the successful one..

thank u..

u cn email me at lilac_lassie2923@yahoo.com


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Supported by Interior Design. Powered by Blogger