Monday 12 January 2009

Asas Perancangan Kewangan No. 1 : Simpan Wang


Kali ni sy ingin berkongsi dengan anda semua mengenai perkara yang paling utama dan paling penting di dalam kita mengurus kewangan kita. Perkara tersebut ialah MENYIMPAN wang anda. Tak kira la simpan duit dalam tabung buluh ke, dalam saving account ke, ataupun fixed deposit di bank-bank.

Menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda merupakan perkara yang paling pertama kita harus amalkan sebelum membuat apa-apa dengan wang anda. Lupakan lah angan-angan anda untuk nak memulakan perniagaan secara kecil-kecilan ke, invest dalam unit trust ke, nak main stock market ke atau pun nk membuat property investment kalau anda tidak mempunyai simpanan wang langsung yang betul-betul kukuh dan mencukupi.

Ye lah,ni pun kira logic la kan. Kalau anda tidak mempunyai simpanan yang kukuh macam mana anda nak dapatkan modal untuk memulakan perniagaan atau ingin melabur dalam pasaran saham.

Kita biasa dengar pesan ibubapa kita dulu-dulu masa kita kecik. Diorang selalu pesan ada duit belanja lebih tu simpan. Simpan kat dalam tabung buluh tu. Nampaknya orang tua-tua ni celik wang jugak kan. Sebab diorang nak kita pupuk sejak dari kecil lagi amalan menyimpan wang supaya hidup kita di kemudian hari lebih selesa dan bahagia dengan mempunyai lebihan wang.

Siapa sini yang belum memulakan langkah menyimpan wang anda..sila angkat mouse! :-P Jangan risau bagi yang belum memulakannya mesti anda bertanya bila masa paling sesuai nak start menyimpan ni. Jawapannya sekarang! Mulakan sekarang, jangan tangguh-tangguh kan langkah ini lagi kerana anda akan kerugian dari segi masa. Anda mesti mengambil kesempatan Keajaiban Dunia yang ke-9 : Compounded Interest. Apa tu Compunded Interest? Nanti kita bincangkan dalam post akan dating.

Persoalan seterusnya, berapa jumlah wang perlu aku simpan ?..untuk permulaan 10% daripada jumlah gaji atau pendapatan perniagaan bulanan anda bagi meraka yang berniaga. Lama-kelamaan bila anda dah rasa syok menyimpan bole la naikkan peratusan simpanan anda 30% atau 50%. Percayalah cakap saya semakin anda menyimpan dengan konsisten, anda akan rasa betapa 'feeling' nya simpan wang ni. Macam saya kalau boleh dapat je gaji nak simpan semua gaji saya dalam akaun ASB saya. Tapi tak boleh la nak buat macam tu kan, nak makan ape saya, nak gi kerja pun kena isi minyak kereta. Mulakan dulu menyimpan RM200 sebulaan kalau gaji anda RM2000 sebagai contoh.

Anda tentu pernah mendangar konsep ‘Pay yourself first’. Konsep ini telah diperkenalkan oleh George Classon di dalam bukunya The Richest Man in Babylon. Anda perlu membayar kepada diri anda sendiri dengan menyimpan sebahagian daripada wang yang anda perolehi. Setiap bulan anda dapat gaji, benda pertama yang anda harus lakukan ialah ambil sekurang-kurangnya 10% dari gaji bersih anda dan simpan dalam ASB sebagai contoh. Bukan nya anda membayar loan rumah, kereta , credit card atau membeli hanfon baru bila dapat-dapat gaji je nanti. Anda perlu ingat duit gaji anda tu wang anda hasil penat lelah bekerja selama sebulan. Anda tidak seharusnya meng-kaya-kan pihak bank atau taukeh kedai hanfon. Anda berhak ke atas wang anda sendiri.

Ada juga mesti yang tanya kat mana tempat paling best nak simpan wang ni. Bagi saya tempat yang terbaik lebih-lebih lagi bagi kaum Bumiputera ialah di ASB. Senang je nak bukak akaun ASB pegi je Maybank/CIMB atau pejabat Pos. simpan di sini lebih baik daripada kita simpan di bank kerana pulangan ASB lebih tinggi. Kita boleh mendapat keuntungan dalam 8-9% setahun berbanding di bank atau fixed deposit (FD) yang hanya dalam linkungan 3%. Kalau simpan dalam saving account tak payah cakap la..RM1 pun belum tentu dividen yang pihak bank boleh bagi.

Simpan wang di ASB juga dapat offset kan kadar inflasi iaitu musuh No. 1 dalam dunia pengurusan kewangan peribadi kita. Kadar inflasi membuat kan kuasa membeli atau nilai wang kita semakin mengecil.

Di sini saya ingin berkongsi rekod pulangan yang pernah di beri oleh ASB kepada pelabur-pelaburnya:-



Sumber dari ASNB


Apa yang anda perlu lakukan sekarang ialah mulakan terus langkah menyipan wang anda. Isi kan borang auto-debit untuk memasukkan secara terus wang dari akaun simpanan yang anda daftarkan untuk menerima gaji bulanan anda ke akuan ASB ataupun boleh juga memasukkan terus sebahagian wang gaji bulanan anda ke akaun simpanan bank anda yang tidak mempunyai kad ATM. Boleh juga masukkan ke akaun FD anda. Langkah seterusnya jangan sentuh wang anda. Ya, biarkan wang simpanan anda itu sehingga anda mencapai jumlah untuk matlamat atau tujuan anda terdahulu yang telah anda tetapkan. Mungkin anda ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan atau melabur ke dalam instrument yang lebih berisiko tinggi dan memberi pulangan yang lebih tinggi lagi. Jika itulah matlamat anda, cukupkan lah dahulu wang simpinan anda itu.

Sedikit tips di sini, jika anda ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan secara part-time atau melabur ke instrument-instrumen yang memberi pulangan lebih tinggi, pastikan wang di dalam simpanan anda sama nilainya dengan 3-6 bulan perbelanjaan anda. Ini memsatikan anda mempunyai backup yang mencukupi untuk menanggung sebarang kerugian atau hal-hal lain yang tidak dapat dielakkan seperti kereta rosak ke, anda eksiden ke ataupun ada ahli keluarga anda yang memang memerlukan wang dalam masa terdekat seperti nk kahwin ke..benda baik tu nak kahwin,ape salahnya kan tolong adik-beradik kita mendirikan masjid. Insyaallah, bertambah-tambah rezeki anda.

Sebagai contoh, jika perbelanjaan bulanan anda makan minum, bil telefon, loan kereta, loan rumah, bagi duit ibubapa di kampung halaman dan sebagainya dalam RM1500. Jadi anda mesti memastikan akaun simpanan anda mempunyai dalam linkungan RM7500 sebelum anda ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan atau ingin melabur di pasaran saham. Ini bukan modal ye, tapi simpanan. Modalnya anda perlulah terus mengupulnya sehingga mencukupi untuk memulakan perniagaan anda. Ini penting bagi memastikan kos sara hidup anda tidak akan terjejas teruk andainya perniagaan anda tidak menjadi atau anda tidak mendapat keuntungan anda dari pelaburan anda.

Saya berharap anda sedar betapa pentingnya kita menyimpan wang sebelum anda ingin membuat apa-apa dengan wang anda. Ingat ya korang semua..konsep ‘Pay yourself first’ dan Selamat Menyimpan Wang!

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Supported by Interior Design. Powered by Blogger