Sunday 18 January 2009

Selamatkah Perbankan Internet?


Ada segelintir daripada masyarakat yang masih lagi ragu-ragu menggunakan perbankan internet. Selamat ke guna internet banking ni…betul ke duit aku dah transfer…boleh caya ke jual-beli kat internet ni?..itulah beberapa persoalan yang boleh kita dengar. Oleh itu kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai perbankan internet. Sejauh mana tahap keselamatannya dan faedah-faedah yang boleh kita dapat melalui internet banking. Perkhidmatan seperti Maybank2u.com, CIMBClicks.com, dan banyak lagi bank-bank lain yang menyediakan perkhidmatan online banking ini semakin hari semakin ramai yang menggunakannya.


Pertama sekali benda paling penting yang perlu kita ketahui ialah berkenaan undang-undang. Bank-bank yang menyediakan perkhidmatan internet banking mempunyai lesen dan tertakluk di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (ABIK) dan Akta Perbankan Perbankan Islam 1983 (API). oleh itu tidak perlulah kita risau sebab pihak berkuasa akan sentiasa melindungi kita daripada penyalahgunaan atau risiko.

Terdapat pelbagai faedah yang kita boleh perolehi jika menggunakan internet banking ini. Diataranya adalah: -
  • Menjimatkan masa & kos anda. Anda tidak perlu menghabiskan minyak kereta & menempuh kesesakan lalulintas seterusnya beratur di kaunter bank. Anda boleh membayar bil-bil api, air & Astro, serta cek baki account anda di hadapan keselesaan PC anda.

  • Perkhidmatan ini dibuka 24 jam 7 hari seminggu.

  • Boleh menjalankan aktiviti berjual beli di depan PC seperti membeli ebook atau produk-produk fizikal yang lain dan pihak penjual akan menghantar terus ke rumah anda. Owh ya, sebelum saya terlupa, kepada mereka yg bemain saham anda juga boleh melakukannya online.

Untuk menggunakan internet banking ni anda perlulah daftar terlebih dahulu untuk mendapatkan username dan password untuk tujuan anda login ke website bank tesebut. Anda boleh daftarkan terlebih dahulu nombor telefon anda dan mendapatkan no PIN di ATM bank anda. Boleh juga terus refer di kaunter bank anda untuk bertanya pegawai perkhidmatan pelanggan bank anda.

Memang saya tidak nafikan terdapat juga risiko dalam menggunakan perbankan internet ini, tapi risiko-risiko tersebut dapat dikurangkan oleh pihak bank melalui pemeriksaan secara berterusan dan langkah berjaga-jaga yang boleh anda ambil. Biasa la tu kan semua benda ada risiko, tapi bagi saya risiko yang kita tanggung tu boleh di-‘offset’ kan oleh kelebihan-kelebihan yang kita perolehi. Mungkin boleh menjimatkan wang anda dengan banyak & menjimatkan lebih masa. Betul tak.

Pihak bank telah megambil langkah-langkah keselamatan seperti:-

  • Melakukan ujian pemantauan ke atas sistem online banking mereka secara tetap dalam tempoh tertentu.
  • Pemasangan sistem seperti firewall, spyware & antivirus untuk mengesan & menggelakkan serangan hackers.
  • Melakukan pemeriksaan berskala secara tetap 6 bulan sekali bagi keseluruhan sistem. Mereka akan menilai tahap risiko dan memperbaiki kelemahan yg masih ada.
Berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang anda perlu ambil sebagai pengguna perkhidmatan perbankan internet. Ingat! Jika di dapati anda tidak mengambil langkah-langkah ini apabila terjadi sesuatu yang tidak di ingini ke atas akaun anda sewaktu melakukan transaksi online, pihak bank tidak akan bertanggungjawab ke atas kecuaian anda sendiri. Langkah-langkahnya ialah:-


  • Jangan save username & password akaun online banking anda dalam PC atau menulisnya di atas kertas. Anda WAJIB menghafalnya.

  • Selalu tukar password anda.

  • Pastikan password anda mempunyai huruf,nombor & simbol-simbol

  • sentiasa log out setelah selesai urusan

  • Jangan biarkan komputer anda terbiar dgn sendiri semasa membuka website online banking anda

  • Sebolehnya elakkan menggunakan komputer awam seperti di CC

Jika anda menghadapi sebarang kemusykilan terus telefon pihak Customer Service bank anda. Mereka pada kebiasaan mempunyai talian 24 jam 7 hari seminggu.

Amatlah rugi kepada sesiapa yang masih lagi berasa ragu-ragu untuk menggunakan perkhidmatan perbankan internet ini. Begitu banyak faedah yang anda akan perolehi sekirannya anda menggunakannya dengan betul dan yang paling penting menggambil langkah-langkah berjaga-jaga seperti yang telah saya senaraikan tadi. Lagi 1 kegunaan yg best online banking ni, bagi sesiapa yang guna Maxis anda boleh topup melalui Maybank2u. Sungguh mudah, click guna jari pun boleh.







0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Supported by Interior Design. Powered by Blogger