Monday 12 January 2009

Bukan Orang Kaya Hanya Perlu Merancang Kewangan



Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca sekalian.

Jutaan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog saya untuk membaca post saya yg pertama ini. Topik yang ingin saya berkongsi pada kali ini ialah berkenaan asas pengurusan kewangan peribadi.

Persoalan tajuk menyebabkan kita berfikir, apa penting nya kita mengurus kewangan sendiri? Mungkin ada di kalangan pembaca berpendapat buat apa kita nak merancang kewangan kita sedangkan kita ni bukanlah orang kaya-raya, duit banyak, harta bertimbun-timbun. Kepada segelintir individu yang berpendapat begitu bagi saya harus diubah. Ini kerana kita mesti tanamkan dlm diri kita kesedaran bahawa tiada sesiapa di di dalam hidup ini yang sebenarnya akan mengambil berat untuk mengurus kewangan kita dengan sepenuhnya selain daripada diri kita sendiri. Kita tidak seharusnya menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada kerajaan, pihak bank, majikan kita, jurujual-jurujual produk kewangan, broker-broker saham malah ahli keluarga kita sendiri pun.

Saya tahu mesti ada dikalangan masyarkat kita beranggapan wang itu merupakan satu persoalan yang tidak sepatutunya di bincangkan di khalayak ramai. Ia kadang-kala menjadi suatu subjek yang ‘taboo’ di kalangan masyarakat. Ada yang akan beranggapan bila cakap pasal wang je mesti ada yang memberi respon kepada kita…’ala ko ni mata duitan lah’…’duit banyak pun apa gunanya, bukan boleh bawa akhirat pun’…’duit banyak tapi tak bahagia pun apa gunaya’…

Walaupun pandangan-pandangan seperti ini dapat kita dengar, tapi kita mesti juga ingat dan tidak boleh menafikan bahawa dalam hidup ni dengan wang dapat membantu kita mencapai kebahagian, dengan wang kita dapat meneruskan hidup dan dengan wang juga kita diberi kuasa memilih dan membuat amal kebajikan untuk menambakhan bekalan kita di akhirat kelak. Insyaallah…sebab itulah pentingnya kita mengurus kewangan kita sendiri pada permulaan lagi.

Ok…cukup setakat itu muqaddimah..aih!..panjang betul intro :-)

Untuk mengurus kewangan kita sendiri, banyak mana pendapat bulanan kita tidaklah penting. Sama ada kita ni seorang graduan yang baru sahaja bergelar Executive yang berpendapat dlm RM2300 sebulan, seorang pengurus di syarikat multinasional walaupun seorang krew restoran di McD yang berpendapatan dalam lingkungan RM800 sebulan pun pengurusan kewangan tetap penting. Walupun kita ni seorang pengurus yang bergaji RM5000 sebulan tetapi perbelanjaan bulanan ialah RM8000 (defisit RM3000 tu !) tahap pengurusan kewangan kita adalah lebih lemah berbanding krew di restoran McD tadi yang bergaji RM800 tetapi mampu menyimpan wang sebanyak RM80 ke dalam akaun ASB nya setiap bulan sebagai contoh.

Rahsianya, kita perlu tahu apa status kewangan kita sekarang (wang yg kita ada/pendapatan), apa matlamat kewangan kita dimasa hadapan (apa kita nak buat dengan wang kita nanti), dan bagaimana cara kita ingin mencapai matlamat kewangan kita (dengan cara menyimpan ke, pelaburan ke, ataupun memulakan perniagaan secara kecil-kecilan).

Kita seharusnya boleh mengelakkan dari mengalami situasi seperti tidak cukup wang setiap bulan dengan mengamalkan amalan-amalan pengurusan wang kita dengan lebih berhemah seperti:-


  • Menyimpan sebahagian pendapatan bulanan kita/duit pinjaman pelajaran, biasiswa

  • Tahu dengan jelas apa yang ingin kita buat dgn wang kita

  • Tahu ke mana perginya perbelanjaan harian dan bulanan kita

  • Berbelanja dengan bijak dan di dalam linkungan budget/kemampuan kita

Sekian dahulu post saya yang pertama ini. Di harap pembaca memperolehi serba sedikit info berguna yang boleh diamalkan.

4 comments:

mr.hazwan said...

kira ni first post sy..n secara rasminya blog ini di buka :-) happy reading all

Anonymous said...

1 je wan komen ko dpt ari ni.. x pe aku tambah.. agak menarik.. haha

Anonymous said...

Congrats Mr. Hazwan,

Excellent Blog Theme
Satu topik yg saya kira elok dikupas.

Dimasa sekarang ini masih ramai generasi muda yg tidak peka kepada pengurusan kewangan peribadi. Walhal Pengurusan Kewangan Peribadi yang baik adalah kunci kepada kesejahteraan hidup.

Saya jugak ingin menyumbangkan idea kepada apa yang lagi topik yang boleh dikupas. Antara nya:

1. Menguruskan Cukai Pendapatan dan juga Zakat Satu Kewajipan..dah time bayar income tax...hehe
2. Insurans/Takaful - satu yang orang melayu tidak begitu mengetahui kebaikan nyer antaranyer...boleh dapat income tax deduction...cover also in terms of Hospitalization Benefit
3. Skim Simpanan Pendidikan Nasional(SSPN)
4. ASB dan Unit2 Amanah Lain
5. Perancangan Persaraan
6. Jenis - jenis akaun, Savings Accounts, Current Account, Fixed Deposits,
7. Cheque and its benefits,
8. Credit Cards - The big bad interests
10. Electronic Payment - Visa Debit

nanti ada idea lagi saya bagi..

Congrats Again :)

Azhan a.k.a Sehat

mr.hazwan said...

Azhan,

Thanks so much for the comment.

ya mmg betul, kebahagian hidup kita di masa hadapan sedikit sebanyak bergantung pd cara kita mengurus wang.

sy mmg mengalu-alukan idea2 dr anda & InsyaAllah dimasa hadapan sy akan mengupas topik2 berkenaan.

mmg niat sy utk berkongsi ilmu yg ada dgn para pembaca lebih2 golongan muda


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Supported by Interior Design. Powered by Blogger